Selasa, 11 Oktober 2011
Mock-up of Landing Module Apollo 11
Selepas perasmian kelab dan juga perlantikan ahli, saya juga diberi penghormatan untuk melancarkan bilik aktiviti/bilik gerakan kelab aerospace tersebut. Di dalam bilik gerakan ini terdapat Landing Module Apollo 11 yang membawa Neil Armstrong dan Buzz Aldrin ke bulan. Very impressive! Saya memang terpegun dengan hasil kerja mereka.
Kelab Aerospace
Kesemua 43 ahli kelihatan segak dengan pakaian overall angkasawan mereka. Hari tersebut juga bermakna kepada semua ahli kerana hari itu juga merupakan hari perlantikan secara rasmi mereka menjadi ahli kelab aerospace. Saya juga berpeluang untuk menyempurnakan perlantikan ahli-ahli tersebut. Kelihatan semua wajah mereka yang tersenyum lebar ketika perlantikan itu jelas menggambarkan keriangan kerana meraih kejayaan yang sukar. Syabas saya ucapkan kepada kesemua ahli Kelab Aerospace TTDI 1.
Isnin, 10 Oktober 2011
Ahad, 9 Oktober 2011
Langgan:
Catatan (Atom)