Selasa, 11 Oktober 2011

Kelab Aerospace

Kesemua 43 ahli  kelihatan segak dengan pakaian overall angkasawan mereka. Hari tersebut juga bermakna kepada semua ahli kerana hari itu juga merupakan hari perlantikan secara rasmi mereka menjadi ahli kelab aerospace. Saya juga berpeluang untuk menyempurnakan perlantikan ahli-ahli tersebut. Kelihatan semua wajah mereka yang tersenyum lebar ketika perlantikan itu jelas menggambarkan keriangan kerana meraih kejayaan yang sukar. Syabas saya ucapkan kepada kesemua ahli Kelab Aerospace TTDI 1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan